Little Man

Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, July 14, 2010

Kemalasan melanda...

Aiyo...malasnyer nak masak nowadays...semalam order Johnny Rockets, the day before makan kat Mall of the Emirates, lunch veal shank risotto at Armani Cafe, tengok wayang citer Prince of Persia with Bee pastu dinner ngan Kalle still kat MOE, pi pekena nasik goreng kat Chop Chop. Sekali parking cost me Dhs100!! Motherf*&^er! for spending time around 7-8 jam dalam MOE kena bayar parking sampai that much..pala hoooo!

Ok, berbalik cerita masak memasak..Sungguh takdak mood nak masak. Last sekali masak was on Sunday...laksa penang kegemaranku. tahan sampai 3 hari dok dalam peti sejuk, hari2 breakfast melantak laksa...asalkan tak payah masak fresh hari hari.


Ingat hari ni nak buat Sloppy Joe, bleh letak dalam freezer tahan 2-3 bulan...sempat la, lepas beranak thaw saja pastu makan ngan roti ka, nasik ka...tapi dah malas pulak nak pi kedai beli mince meat..adoyai...awat la jadi lagu ni...panas membahang dah tak tau nak kata cemana dah, panas yang menggigit kata orang. Sampai 44 darjah Celsius kadang2..nak tunggu lepas matahari terbenam, tak berasap la dapur untuk tengahari, nak beli banyak2 sekali gus pulak takut cepat rosak, peti ais dah tak muat nak letak benda untuk seminggu.

Kekonon nak masak fresh la, meat/seafood kat kedai tu selalu day to day basis, depa pun dah defrosted dah, so nak kena masak hari yang sama...mampus la hari2 nak pegi beli bahan mentah. Laki ada boleh suruh jugak beli bahan mentah, tapi kurang pecaya apa yang dia bawak balik nanti. Setakat susu segar, roti, telur dan benda-benda senang ok la, kesian pulak, balik keja penat2, nak suruh pi beli barang dapur pulak...lepas tu salah pulak..serba tak kena lah..

So paling simple sekali ORDER saja..hang nak makan gajah apa pun, tekan nombor kat telefon pastu chot chet chot chet..makanan pun sampai. Kalau nak jimat duit tu, lupakan sajalah. Takkan nak order fast food.. order real food lah kan, sekali order Dhs 60-100 untuk 2 orang. Atau pun kalau nak jimat sangat, orderlah Indian food yang paling murah, sekeping roti canai Dhs 1, kuah kari or dhal Dhs 5, biryani Dhs 12..siap free delivery lagi. Sedap tak sedap belakang cerita, janji murah.

No comments:

Post a Comment