Little Man

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, January 28, 2010

REMIND ME AGAIN

Hai...bila dah start tulis, macam macam nak tulis dalam satu hari..bila senyap tu senyap jer...itulah tabii kita kan...kali ni nak tulis untuk mengingatkan aku diri sendiri supaya di masa akan datang aku tak lupa akan hakiki ni.

Bila orang cakap pasai pa aku kawen ngan mat salleh...awat dah takdak jantan melayu dah kat dunia ni? Jawapannya adalah simple...orang melayu mana yang buleh terima my past? Being said 'my past' maknanya, sejarah keluarga aku.. kami tak kaya, mak pak hidup berasingan, arwah bapak tinggalkan mak atas sebab sebab yang aku tak boleh nak cakap kat sini...aku agak beruntung, pasal mak aku tak mampu nak bela, maklum la, orang susah...ada adik jantan baru lahir (aku dalam umur 2 tahun kot) so aku di hantar duduk dgn nenek. Neneklah mak aku, mak cik aku lah mak aku dan pakcik pakcik aku lah bapak aku. Aku tak kenai mak aku sampailah nenek aku passed away masa aku 8 tahun, lepas tu balik duduk dengan mak, hidup aku dari kecik memang macam nomad. Di hantar ke sana sini.

Orang melayu mana yang boleh terima keluarga aku yang susah ni? Mat salleh ni saja yang tak judge aku dari melihat keluarga aku. Dia terima aku seadanya, dia terima aku adalah aku, ada otak pemikiran sendiri dan bukan berdasarkan dari keluargaku. Tak ada siapa di dunia ni boleh memilih keluarga mereka. Kalau dari aku belum lahir, aku boleh cakap dengan Tuhan, aku nak keluarga yang macam ni macam tu, alangkah senangnya hidup. Tapi aku tak menyesal kerana dengan datangnya dari keluarga yang sebegitu, membuatkan aku tak mau berada di dalam situasi yang sama. Pasal tu lah Tuhan bagi kita otak untuk pikir dan belajar dari masa silam...bukan asyik nak menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku. Dan belajar dari kesilapan sendiri dan orang lain.

Sepanjang aku membesar ada mak aku peduli apa aku buat? Tak... yang dia tau cari duit nak bagi aku sekolah. Ada dia ajar aku simpan duit? Tak...pasal duit tak pernah ada untuk mak aku simpan. Hari hari berniaga laksa, duit untung ada sikit2, esoknya habis untuk beli bahan mentah untuk jual laksa pada petangnya. Tu lah, mak aku tak mampu nak pergi sekolah tinggi2...nenek aku orang susah...petani saja, tanam padi. Ada aku menyesal? Tidak sama sekali. Aku dapat tawaran masuk universiti, bila aku tunjuk surat kemasukan dan yuran yang akan di bayar pada hari pendaftaran saja, ini jawapan mak aku: " aku tak dak duit langsung nak bagi, tapi kalau kakak nak pi jugak, mak boleh pinjam kat Ah Long" Bila perkataan pinjam kat loan shark timbul, aku terus buat alasan ayah bekas tunang aku tak kasi masuk U, pasal nanti aku nak kawen and buat apa belajar tinggi tinggi... Itulah alasan yang aku bagi bila persoalan macam tu timbul. Walhal, aku tak mau mak aku pinjam kat loan shark nak hantar aku masuk U. So, dari situ aku start kerja..start pegang duit...then dah malas nak pergi belajar balik, pasal aku dah boleh beli ayang yang aku nak pasal selama ni aku tak pernah mampu nak memiliki satu apa pun. Bila dah pegang duit sendiri, aku jadi lupa...tenggelam dengan dunia kad kredit...maklumlah, tak pernah rasa kaya..tak ada sapa ajar yang jangan belanja lebih dari duit masuk...Ini satu penyesalan yang tak dapat aku patah balik untuk change it back. Tapi mat salleh aku inilah yang mengajar aku...Busuk busuk perangai dia, dia tetap tak pandang rendah pada aku dengan masalah pegang duit..

Nak tau cerita? Bekas tunang aku, melayu..ada ke patut dia tak mau terima promotion pasal nanti dia hilang jawatan sebagai pengerusi bank union dia..maknanya dia sanggup terima gaji kerani bank dari promoted to officer/supervisor, supaya dia boleh mengular waktu kerja dan ada union buleh back him up...manusia apa macam tu? Nasib baik aku tak kawen dengan dia. Dialah orang yang encourage aku untuk apply banyak banyak kredit card...pasal apa?? Pasal nanti aku boleh beli macam macam untuk dia. Gaji aku lebih tinggi so dia harap aku boleh tolong bayarkan duit kereta dia...yalah, nanti nak kawen..kongsi segalanya...why not start paying for his car now. Dia orang berada...walaupun family dia baik dengan aku, deep down i'm sure they would prefer orang lain yang berlatar belakang different..diorang orang kuat politik kawasan setempat..banyak pengaruh...takkan lah nak terima aku orang yang tak sepertimana ni. Bila aku sedar, ini bukan takdir aku...aku putuskan..mula mencari pasangan yang bukan melayu pasal seorang macam bekas tunang aku tu, dah cukup bagi aku.Aku langsung tak menyesal putuskan tunang dengan dia. Dah habis cerita....

Untuk kawan kawan aku yang tak pernah mengalami kesusahan...diorang mana tau...Diorang ingat diorang susah...tak ada kerja, mak pak asyik membebel tak buat kerja rumah, mak pak asyik talipon handset nak tau diorang ada kat mana...Aku cuma boleh harap dapat kasih sayang sebegitu...Walaupun pada sebilangan pendapat ingat ada mak pak yang kecoh itu adalah masalah...tapi diorang buat macamtu pasal diorang peduli... Maybe mak aku pun peduli, tapi penat sangat nak peduli kerenah aku, or maybe dia peduli, tapi tak tunjuk--itu adalah salah satu sikap atau silap orang melayu kita...ada perasaan tapi tak nak luahkan. Dengan harapan orang itu boleh membaca fikiran kita dan bertindak accordingly (maaf, aku dah lupa perkataan dalam bahasa aku sendiri ...sungguh memalukan...hihih)

Sebab itulah semua kesusahan yang aku alami ada pengajarannya. Aku lebih bahagia dengan mat salleh aku ini walaupun kadang kadang kami bergaduh jugak pasal berlainan pendapat atau latar belakang cara pembesaran dah keagamaan. Tapi aku amat bersyukur kerana dipertemukan dengan manusia ini kerana dialah banyak mengajar dan membuka mataku dari banyak hal.

Aku berharap dengan tulisan kali ini, dapat memanfaatkan masa depan aku sekiranya aku menjadi pelupa dan menyalahkan keluarga dan orang lain...ini adalah reminder untuk aku di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment